Kandungan Utama Bil. 128 Mei 2012

|
|
Episod 103 KANDANG GT ARAB (Bhg.1)
|
MENUNGGANG TUNA SIRIP BIRU U.S.A
Popping dan jigging spesies tuna yang paling besar dan paling mahal di dunia iaitu tuna sirip biru (Bluefin tuna) bukanlah lagi khayalan apabila gelanggang pancingan terbaiknya di Outer Banks, Carolina Utara di Amerika Syarikat didedahkan...

KARISMA CASTER KAYAK
Memancing sambil bersukan – pakej dua dalam satu pancingan berkayak yang kini sedang berkembang di kalangan sebilangan pengilat demi mencari kelainan dan cabaran. Kita selami kenapa hobi ini ada keunikannya dan berpotensi tinggi di negara kita...

JAMBOREE MENUMBOK
Delta Sg. Menumbok tidak asing lagi di kalangan kaki casting di Sabah, Labuan mahupun pemancing luar. Apa yang menariknya, selain spesies muara seperti siakap merah, siakap putih dan kerapu, kanai a.k.a tembaring (black bass) juga bermastautin di sini. Walaupun populasi kanainya tidaklah sehebat di sebelah utara Sabah, namun ia sudah cukup menarik perhatian pemancing luar untuk mencuba nasib, termasuklah kami yang sanggup datang berkereta dari Miri…

SI BUJANG TASIK LARANGAN
Saya ingin berkongsi kenangan, pengalaman dan panorama indah di sebuah tasik yang seolah-olah kami meneroka sebuah lubuk terpencil di tengah hutan belantara memburu spesies terbesar dalam keluarga snakehead, tetapi hakikatnya lubuk ini hanya berada berhampiran kediaman kami…

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA…
Buat julung-julung kalinya, Program Konservasi & Seminar Sukan Memancing telah diadakan untuk kanak-kanak yang masih lagi ber-uniform. Program ini telah mendapat kepercayaan dan sepenuh sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Pahang selaku penaung program ini. Seminar ini telah disampaikan oleh Mejar (B) Ismail Feisol selaku orang yang bertanggungjawab dalam Ofmer Network Anglers Group (ONAG) yang ditaja sepenuhnya oleh Sea Tackle.

MENYEMAH SANG SEMAH
Selepas trip bersama Mathius, saya semakin menggilai dan ketagihan tarikan satu spesies yang jauh lebih hebat berbanding sebarau, ikan semah (Tor douronensis). Sesiapa yang telah bertarung dan menewaskan ikan ini pasti tahu apa yang saya maksudkan. Daya juang dan pecutannya yang berkali ganda berbanding sebarau saiz sama, menyebabkan perlawanan menentangnya amat mengujakan. Pencarian berterusan saya terhadap spesies ‘empurau putih’ ini telah membawa saya kembali ke satu sungai yang pernah saya kunjungi semasa mula-mula bergiat dengan mengilat dahulu...


